Terdapat 3 kategori risiko.
Sila lihat dibawah untuk mengenal pasti kategori risiko anda;
Kategori 1
Risiko Sangat Tinggi |
Satu atau lebih daripada yang berikut:
Darah gula terlalu rendah 3 bulan sebelum Ramadan Masuk hospital kerana DKA/HHS, 3 bulan sebelum Ramadan Dialysis atau penyakit buah pinggang tahap 4 atau 5 Lanjut usia Mengandung Kerap hipoglisemia (darah gula rendah) Sakit tenat Type 1 diabetes, kawalan kurang baik
|
Kategori 2
Risiko Tinggi |
Satu atau lebih daripada yang berikut:
Type 1 diabetes; kawalan baik Type 2 diabetes; kawalan kurang baik T2DM; kawalan baik dan sedang mengambil insulin atau ubat Diabetes seperti: • Glipizide • Gliclazide - Penyakit buah pinggang tahap 3
|
Kategori 3
Risiko Sederhana/Rendah |
Satu atau lebih daripada yang berikut:
Type 2 diabetes; kawalan makanan sahaja Type 2 diabetes; yang sedang mengambil satu atau lebih daripada yang berikut: • Metformin • Acarbose • SGLT 2 inhibitors (Empagliflozin, Dapagliflozin) • Basal insulin (Insulatard, Lantus, Detemir) • DPP 4 inhibitor (Sitagliptin, Vildagliptin, Linagliptin)
|
Jika anda di dalam kategori risiko
TINGGI atau
SANGAT TINGGI, anda
TIDAK DIGALAKKAN UNTUK BERPUASA kerana anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti;
- Hipoglisemia
- Hyperglisemia
- Diabetes Ketoacidosis (DKA)
- Kekeringan
Tetapi, jika anda masih berniat untuk berpuasa, anda harus memberitahu doktor atau jururawat anda supaya ubat Diabetis diubah suai dan mendapat nasihat tentang cara-cara untuk mengawal darah gula semasa berpuasa.