Jika anda menghidap kencing manis, anda menghadapi risiko tinggi mendapat masalah-masalah serius di bahagian kaki. Kawalan glukos darah yang tidak seimbang akan mengurangkan bekalan darah ke kaki, dan menyebabkan kerosakan urat saraf.
Ini akan:
- Melambatkan penyembuhan kecederaan atau luka pada kaki anda.
- Menyebabkan kekebasan di kaki. Anda tidak dapat rasa sakit ataupun merasai sebarang luka di bahagian kaki.
Masalah kaki anda boleh dicegah dengan:
- Mengawal kandunggan gula dalam darah anda.
- Menjalani pemeriksaan bagi kaki anda di klinik sekurang-kurangnya setahun sekali.
- Menjaga dan merawat kaki anda dengan penuh perhatiaan.
Membersihkan kaki anda
- Cuci kaki anda setiap hari menggunakan air suam dengan sabun biasa.
- Keringkan kaki dengan rapi terutama di celahcelah kaki.
- Sapukan losyen pelembab setiap hari untuk mengelakkan kulit anda daripada merekah.
Memeriksa kaki anda
- Periksa kaki anda setiap hari – di celah kaki, sekeliling tumit dan tapak kaki. Perhatikan jika terdapat sebarang luka, bahagian yang merah, bengkak, melecet, lelehan cecair atau nanah.
- Minta bantuan seseorang atau gunakan cermin jikalau anda menghadapi kesukaran bila memeriksa bahagian tumit kaki.
Memotong kuku anda
- Potong kuku kaki anda dengan melintang setiap minggu, jangan potongterlalu pendek.
- Gunakan pengikir kuku dan kikirkan penjuru-penjuru kaki kuku.
- Jangan potong mengikut lekuk di penjuru-penjuru kaki kuku.
Cara mengatasi kematu dan belulang
- Jangan guna produk yang mengandungi asid ataupun plaster kutil.
- Gunakan krim urea 10% untuk melembutkan kematu. Jumpa doctor atau podiatris untuk bantuan jikalau tidak sembuh.
- Jangan guna peralatan tajam untuk kaki anda.
Membersihkan luka di kaki anda
- Jika terdapat luka, bersihkan luka dengan “normal saline” dan keringkan bahagian itu dengan berhati-hati.
- Sapukan antiseptic dan tutup dengan pembalut yang bersih dan kering.
- Periksa luka anda setiap hari. Jika luka anda tidak berkurangan selepas 2 hari, jumpa doctor atau podiatris.
Back to top
Sepatu
- Pastikan anda memakai kasut di dalam atau di luar rumah.
- Kasut yang dipakai harus selesa dan betul ukurannya.
- Periksa bahagian dalam kasut anda untuk mengesan sebarang batu ataupun objek tajam.
- Pakai sarung kaki jenis kapas atau stoking sepanjang masa.
- Sarung kaki jenis kapas atau stoking haruslah selesa dan tidak ketat.
- Jangan memakai kasut yang Nampak jari kaki ataupun selipar pengurut.
Perkara untuk dielakkan
- Jangan rendam kaki di dalam air yang terlalu sejuk atau panas.
- Jangan menyapu krim pelembab di celah-celah kaki anda.
- Jangan menggunakan mesin mengurut, urutan refleksologi dan rawatan akunpuntur.